Carian
Close this search box.

Mengenai Kami

KONGSI KEPADA

Pengenalan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) ialah sebuah agensi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) yang diberi mandat bagi memacu negara di dalam skop Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, Memajukan Mitigasi Perubahan Iklim dan Menyokong Budaya Gaya Hidup Hijau.

Tiga dasar negara, khususnya Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP), mengawal selia peranan MGTC sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi hijau.

MGTC melaksanakan inisiatif dan program yang menyediakan butiran khusus dalam mencapai kesan jangka panjang Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding intensiti pelepasan dalam 2005 menjelang 2030, meningkatkan kadar KDNK teknologi hijau sebanyak RM100 Bilion dan penjanaan 230,000 pekerjaan hijau.
MGTC melaksanakan tiga (3) peranan seperti berikut:

  1. Mengarusperdanakan Ekonomi Hijau melalui program pengembangan produk dan perkhidmatan hijau seperti Program Pensijilan Mark MyHIJAU. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) & Pengecualian Cukai Pelaburan Teknologi Hijau (GITE) serta latihan dan skim pembangunan modal insan.
  2. Pandu tindakan mitigasi perubahan iklim seperti advokasi untuk kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, program bandar rendah karbon dan mobiliti rendah karbon.
  3. Membudayakan gaya hidup hijau melalui program publisiti dan kesedaran dalam memupuk kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam platform berskala global seperti program International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) dan program awam lain secara fizikal atau melalui media sosial.