Carian
Close this search box.
Hari Kesedaran Tenaga Lestari DBKL 2023
Hari pertama bersama team MGTC, MZBH menjayakan program Hari Kesedaran Tenaga Lestari DBKL 2023 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ismadi Sakirin (Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL).
Antara initpati perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Muhd Muhtazam Noor Din – MGTC tentang meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya penduduk bandar tentang kepentingan menjaga dan melestarikan alam adalah tanggungjawab bersama.
MZBH selaku pemegang taruh dalam program Rumah Ibadah Hijau bersama dalam menjayakan matlamat tersebut. Pengalaman jawatankuasa MZBH mengikuti program MGTC dalam menerangkan fungsi masjid melaksana dan mengekalkan amalan hijau dalam menguruskan premis masjid.
Banyak lagi fasiliti dan kemudahan masjid telah dan sedang dipulihara oleh pentadbiran semasa dalam menukar dan mengantikan kepada alatan cekap tenaga, dan kini MZBH sedang berusaha mengintai peluang dan melaksanakan hal cekap pengurusan tenaga serta mempromosikan amalan hijau kepada seluruh anak kariah.
InsyaAllah menerusi sokongan dan penglibatan jemaah dan ahli kariah dalam setiap aktiviti yang menjurus kepada kepentingan menjaga dan melestarikan alam akan diteruskan oleh pihak MZBH.
Seperti galakkan penggunaan bahan cekap tenaga, pengurangan dan mengoptimumkan penggunaan air semasa wudhuk, serta mengurangkan bahan berasas kertas berbanding botol plastik terus buang akan dikurangkan dalam program-program masjid. Sokongan kewangan dan komitmen semua adalah penting dalam merealisasikan matlamat ini secara kolektif.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest