Focus Group Discussion (FGD) untuk tiga skop projek RMK12-LCMB
Pasukan Mobiliti MGTC dengan kerjasama pihak Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) telah mengadakan satu sesi Focus Group Discussion (FGD) untuk tiga skop projek RMK12-LCMB.

Projek ini penting bagi penyediaan cadangan polisi, insentif dan memfokuskan satu standard/baseline Fuel Economy (liter petrol/km) yang perlu dipatuhi industri bagi pembuatan kereta termasuk kenderaan muatan berat dan pelaksanaan pengurusan akhir hayat kenderaan yang tidak selamat (non-roadworthy) dan mencemarkan alam sekitar.

Ketiga-tiga projek ini menyentuh Bidang Fokus A yang kritikal dan paling berimpak tinggi berikutan peratusan jualan kereta ICE yang masih tinggi (hanya kurang daripada 2% jualan kereta adalah EV). FGD ini dihadiri oleh lebih 80 peserta mewakili industri automotif (kenderaan ringan dan berat, pengurusan akhir hayat kenderaan), persatuan dan ahli akademik.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest