Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor sempat beramah mesra bersama PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Sambutan 40 Tahun Proton dan pelancaran rasmi kenderaan SUV ketiga keluaran syarikat kereta nasional yakni Proton X90 yang bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur.
Majlis yang gilang gemilang itu turut sama dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing serta tetamu kehormat yang lain.
Dengan kemunculan X90 telah menjadikannya model pertama yang menggunakan teknologi hibrid sekali gus membawa jenama Proton untuk turut serta dalam Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).
Syabas dan tahniah, Proton!
Gambar ihsan @anwaribrahim_my