Kunjungan Hormat UCYP ke MGTC
Kunjungan Hormat UCYP ke Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation ( mgtc.my )
14 April 2023 | Bilik Mesyuarat Utama, MGTC

Telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat UCYP ke Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kolaborasi UCYP dan MGTC serta inisiatif Amalan Teknologi Hijau, Literasi Karbon dan Kesedaran Dalam Membudayakan Gaya Hidup Hijau yang memberi manfaat untuk pembangunan UCYP dan negeri Pahang.

Delegasi UCYP diketuai oleh:
1. Yang Hormat, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin
Naib Canselor, UCYP
2. Puan Hajah Rugayah binti Hussein
Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Infrastruktur & Aset UCYP
3. Prof. Madya Dr. Tan Li Pin
Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan & Hubungan Industri UCYP
4. Prof. Madya Dr. Norasiha Bt Hamid
Penolong Naib Canselor, Jangkaan & Strategik UCYP
5. En. Jalaluddin bin Abdullah
Pendaftar, UCYP
6. En. Ezuan Hadi Bin Zulkefly
Pen. Pengurus, Pembangunan Infrastruktur & Aset UCYP
Kehadiran delegasi UCYP disambut oleh:
1. YBhgia. TS Shamsul Bahar Bin Mohd Nor
Ketua Pegawai Eksekutif, MGTC
2. En Saiful Adib Bin Abdul Munaff
Pengarah Kanan Operasi, MGTC

Semoga segala perbincangan dapat direalisasikan dengan jayanya. Terima kasih MGTC.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest