Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan UAE

Mohamed Azmin diberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Pavilion Malaysia ketika lawatan kerja
di Ekspo 2020 Dubai, kelmarin.

Ekspo 2020 Dubai platform terbaik pertingkat
usaha sama pelbagai bidang

Oleh Shahrizan Salian

shahrizan_salian@bh.com.my

Malaysia mencadangkan kerja- sama lebih erat dengan Pavilion Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ekspo 2020 Dubai, yang di- jadualkan semula dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antara- bangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerjasama itu adalah dalam bi- dang seperti padanan perniaga- an, program sosial, seminar ser- ta pertukaran jemputan sebagai penceramah atau penonton.

“Bidang kerjasama yang diper- tingkatkan ini disasar dapat me- wujudkan lebih banyak peluang perniagaan di samping mengu- kuhkan hubungan dua hala an- tara dua negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin pada Ahad melawat Pavilion Malaysia di ekspo enam bulan berkenaan, se- bagai sebahagian inisiatif Misi Pelaburan dan Perdagangan ke UAE diketuainya sekarang.

Lawatan itu adalah bagi me- mantau perkembangan semasa pavilion berkenaan, yang disasar menarik penyertaan 300 syarikat

Malaysia, 5,000 delegasi program perdagangan dan perniagaan Malaysia serta sejuta pengun- jung sepanjang ekspo.

Mohamed Azmin berkata, ada- lah penting bagi Malaysia mem- bina nilai, yang membolehkan- nya meningkatkan kelebihan da- lam sains dan teknologi masa depan, persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif, selain pelbagai peluang dalam sektor ekonomi baharu dan sedang muncul seperti teknologi kewa- ngan, Industri 4.0, taman per- industrian eko serta tenaga bo- leh diperbaharui.

“Penyertaan Malaysia di Eks- po Dunia mampu menyerlahkan

bidang sedang muncul ini ke- pada rakan bernilai tinggi dari seluruh dunia, justeru ini amat bertepatan dalam konteks eko- nomi semasa yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata, ekspo itu akan memainkan peranan penting da- lam mempromosikan kekuatan Malaysia sebagai hab pelaburan dan perdagangan bagi perniagaan di rantau Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA).

Katanya, ekspo berkenaan yang akan disertai 192 negara dan pertubuhan antarabangsa, disasar menarik 25 juta pengun- jung selama enam bulan pengan- jurannya.

“Dengan skala ekspo yang be- gitu dinantikan ini, syarikat Ma- laysia boleh memanfaat sepenuh- nya platform terbabit untuk mempercepatkan pemulihan per- niagaan mereka susulan impak pandemik COVID-19,” katanya yang bertemu dengan Menteri Kerjasama Antarabangsa UAE, Reem Ebrahim Al Hashimy, se- belum melawat Ekspo Dubai 2020.

Penyertaan Malaysia di ekspo itu diunjur menjana potensi per- dagangan dan pelaburan RM10 bilion menerusi 1,000 petunjuk perniagaan dan pemuktamadan 20 Memorandum Persefahaman/ Perjanjian.

Sumber : Berita Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest