Bank Rakyat menyumbangkan sebanyak RM62,000 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (M AIPs) untuk tujuan Jariah Al- Barakah Projek Wakaf Solar Masjid Al- Mursyid, Guring, Pauh.
Simbolik sumbangan tersebut diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Prof. Dr. Raduwan Idar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) M AIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Turut sama Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al- Mursyid Pauh Guring, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.
DENGAN MODAL SENDIRI
Masjid Al- Mursyid ini telah berjaya merintis Projek Wakaf Solar dengan modal sendiri hasil sinergi strategik dengan MAIPs dan Bank Rakyat untuk merealisasikan projek solar bernilai RM110,000.
Masjid ini menjadi model Program Transformasi Masjid Kepada Rumah Ibadat Hijau dengan kerjasama dan kepakaran Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari UniM AP.
Inisiatif ini turut melibatkan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) daripada Program Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik yang turut membantu dalam aktiviti yang telah dirancang termasuklah Penukaran lampu kepada jenis LED, Pemasangan ‘Smart Wifi Switch’, Pemasangan pili wuduk jenis cekap air, Pemasangan Stesen Kitar Semula 3R, dan Pemasangan Tangki Penuaian Air Hujan, serta Pemasangan ‘Smart Electrical Energy Monitoring System’.
Melalui program ini juga adalah diharapkan Masjid Al-Mursyid akan mendapat pengiktirafan sebagai ‘Rumah Ibadat Hijau’ melalui program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 yang dianjurkan oleh pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada seramai 160 asnaf terpilih iaitu 20 dari kariah Guring, 70 kariah Arau 1 dan 70 lagi dari Arau 2.
Masing-masing menerima RM700 dengan jumlah penuh diagihkan MAIPs kali ini bernilai RM112,000.
Sumber: Jendela Madani