Program Pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS)
21 Mei 2024, Majlis Penganugerahan EMGS di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) telah dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Majlis ini dianjurkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya, disertai oleh kementerian NRES, para penerima anugerah, dan disambut rakan-rakan media. Majlis meraikan 107 organisasi yang telah menerima pensijilan EMGS.
Antara pencapaian signifikan program ini adalah:
Penjimatan penggunaan tenaga sebanyak 203 GWh setahun, bersamaan dengan kos sebanyak RM74 juta setahun.
Pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 115 kilotan karbon dioksida setara setahun.
Ketaraan penglibatan lebih banyak pemain industri daripada pelbagai sektor dalam pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga.