Pelancaran Program Khas Rumah Ibadat Hijau (RIH)
MGTC telah menganjurkan Pelancaran Program Khas Rumah Ibadat Hijau (RIH) di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim pada 28 Januari 2024 yang lalu, turut dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program RIH yang juga merupakan salah satu inisiatif MGTC untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pemangkin kepada agenda kelestarian alam mendapat sambutan ramai dengan dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah serta jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat.

Sebanyak RM55,000 telah disumbangkan ke arah sistem penuaian air hujan di SMA Tarbiah Diniah; penyerahan pili cekap air untuk dipasang bagi kegunaan surau SMA Tarbiah Diniah dan Pelancaran Kempen Infak dan Pengumpulan Minyak Masak telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak-pihak yang terlibat. Semoga dengan inisiatif dari Program RIH ini dapat menyumbang ke arah kelestarian alam.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest