Carian
Close this search box.
NEA 2023: Penghargaan kepada usaha ke arah kelestarian 29 entiti
NRECC menganjurkan NEA setiap tahun sejak 2018 untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan penerimagunaan amalan tenaga lestari merentas semua industri, menjadikannya sejajar dengan komitmen Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.
NRECC menganjurkan NEA setiap tahun sejak 2018 untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan penerimagunaan amalan tenaga lestari merentas semua industri, menjadikannya sejajar dengan komitmen Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) semalam mengumumkan dan menyampaikan anugerah pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023.

MGTC dalam satu kenyataan berkata 23 pemenang daripada tiga kategori — Pengurusan Tenaga, Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui — akan mewakili Malaysia dalam Anugerah Tenaga ASEAN dari 24 hingga 25 Ogos ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementerian itu menganjurkan NEA setiap tahun sejak 2018 untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan penerimagunaan amalan tenaga lestari merentas semua industri, menjadikannya sejajar dengan komitmen Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Malaysia memerlukan setiap orang memainkan peranan mereka dalam perlumbaan kita ke sifar bersih dan peserta NEA sudah pasti mendahuluinya dengan idea, inovasi dan pelaksanaan mereka untuk kita semua ikuti.

“Saya pasti lebih banyak perniagaan akan mendapat inspirasi daripada contoh diberikan mereka dan ingin menyaksikan lebih banyak penyertaan dalam edisi NEA yang akan datang,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, 114 penyertaan pada tahun ini menawarkan penjimatan tenaga digabungkan melebihi 1.34 GW dalam bentuk penjimatan elektrik bersamaan dengan pengurangan pengeluaran karbon lebih daripada 23,000 tan metrik setahun, yang patut dipuji.

Pemenang kategori pengurusan tenaga ialah Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin di Melaka, Hospital Tangkak dan Hospital Pontian di Johor, Lembaga Pelabuhan Johor, Micron Semiconductor Malaysia, Ramatex Textiles Industrial, Indah Water Konsortium Klang Selatan dan Butterworth Selatan.

Sementara itu pemenang bagi kategori kecekapan tenaga ialah Sekolah Antarabangsa Tzu Chi, PJ Midtown, Lembaga Pelabuhan Johor, Kenanga Tower, Lotus’s Bukit Mertajam. Hospital Sultanah Maliha, Menara PJH, IOI City Mall Fasa 1, Spritzer ASRS Warehouse and Projek Lebuhraya Usahama (PLUS) Berhad.

Pemenang bagi kategori tenaga boleh diperbaharui, ialah Proton Tanjung Malim, reNIKOLA Holdings, Sime Darby Plantation Renewable Energy, TONIBUNG, Ranhill SAJ, Sabah Softwoods, SIRIM Berhad, Alam Flora Environmental Solutions dan H2 Energy.

Untuk maklumat lanjut NEA 2023, sila lawati laman sesawang rasmi:www.nationalenergyawards.com.my.

— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest