Carian
Close this search box.
𝐅𝐑𝐈𝐌, 𝐌𝐆𝐓𝐂 bincang potensi produk buluh
21 Jun 2023 – FRIM telah mengadakan sesi perbincangan dengan 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗚𝗿𝗲𝗲𝗻 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 & 𝗖𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲 𝗖𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 (#MGTC) mengenai #buluh sebagai sumber #biojisim untuk potensi pembangunan produk.
Sesi yang diadakan pada 19 Jun ini dipengerusikan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM. #MGTC diwakili oleh Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi; serta pegawai-pegawai lain iaitu Nik Mohd Haikal Mohamad Shafie, Nabihah Darus dan Rosie Rosli.
Turut hadir, Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin, Pengarah Keluaran Hutan FRIM; Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; serta pegawai-pegawai penyelidik termasuk Amir Saaiffudin Kassim, Dr Latifah Jasmani, Puad Elham, Dr Mohd Khairun Anwar Uyup, Dr Tumirah Khadiran dan Dr Mahanim Sarif.
Kedua-dua pihak akan mengadakan sesi perbincangan yang selanjutnya bagi memastikan hasrat #kerjasama tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Info: Dr Mahanim Sarif dan Yusni Idris
Gambar: Yusni Idris
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest