MGTC Majlis Iftar Amal
Majlis Iftar Amal telah disempurnakan dengan jayanya dengan penglibatan bersama beberapa pihak iaitu Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Ruqaiyah, Kajang, wakil Masjid Hasanah, wakil Yayasan Ikhlas, dan wakil ahli Lembaga Pengarah MGTC. Majlis telah berlangsung pada 3 April 2023 bersamaan 13 Ramadan 1444 lalu.
Dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak MGTC telah menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Ruqaiyah dengan menganjurkan Majlis Iftar bersama-sama mereka. Majlis Iftar ini dilihat sebagai salah satu usaha murni pihak MGTC dalam mengeratkan lagi hubungan ukhwah dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik dan masyarakat setempat. Pengisian majlis turut dilengkapkan dengan Majlis Ilmu khas untuk tetamu bertajuk “Menjadi yang lebih baik” oleh Saudara Fadzli Aziz.

Tidak melepaskan peluang berkongsi rezeki di bulan penuh keberkahan ini, pihak MGTC juga telah memberikan sejumlah sumbangan tunai kepada anak-anak Pusat Jagaan Ruqaiyah tersebut.
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, Kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest