Carian
Close this search box.
Program Gerak Kerja Pasca Banjir
29 Disember 2022 – MGTC telah menyertai Program Gerak Kerja Pasca Banjir anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Kelantan dan Terengganu yang bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan dan kerosakan harta benda.
Program yang melibatkan 550 peserta dari NRECC dan jabatan/agensi itu melibatkan beberapa kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’Yong di Tumpat, Kampung Tok Deh dan Kampung Chap di Pasir Mas dan Sekolah Kebangsaan Nangka di Besut.
Program tersebut melibatkan pembersihan kawasan awam dan perumahan, pembaikian pendawaian elektrik, pembersihan tangki septik, pembaikian paip bekalan air, penyenggaraan sistem perparitan, dan pemberian sumbangan makanan dan barangan keperluan.
Program tersebut dirasmikan oleh Menteri NRECC, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dan turut disertai oleh Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest