30 pengecas EV dipasang di Bandaraya Ipoh, tumpu kawasan pelancongan
IPOH: Sekurang-kurangnya 30 pengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di lokasi strategik sekitar Bandaraya Ipoh tahun depan, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin. Ujarnya kemudahan itu penting dalam menjadikan bandar raya berkenaan sebagai bandar pelancongan, di samping memudahkan pengguna kenderaan tersebut. Justeru katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi […]