MGTC telah menganjurkan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) semasa Perhimpunan Bulanan pada 12 September yang lalu.
Ikrar Integriti Korporat (CIP) telah ditandatangani oleh Ts Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC sambil disaksikan oleh Encik Mohd Soni Bin Ahmad, Pegawai Siasatan, Seksyen Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan dan Encik Ku Khairi bin Ku Kamarul, Penolong Setiausaha, Seksyen Tadbir Urus dan Tatatertib, Kementerian Alam Sekitar dan Air.