Carian
Close this search box.
Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai pada 14 September 2022 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Malaysia telah meraih kejayaan yang amat membanggakan pada Ekspo 2020 Dubai yang telah melabuhkan tirai pada 31 Mac yang lalu.
Penyertaan negara dalam Ekspo tersebut telah membuka peluang kepada 426 buah syarikat tempatan termasuk syarikat pemula, serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
Alhamdulillah, sasaran perdagangan dan pelaburan negara telah melepasi sasaran sebanyak tujuh kali ganda dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM77.25 bilion.
Sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.
Pavilion Malaysia juga telah menerima sejumlah 1.2 juta pengunjung, malah disenaraikan sebagai satu daripada lima pavilion paling hijau dan merupakan antara tujuh pavilion paling digemari oleh media antarabangsa.
Pavilion Malaysia menunjukkan kepada dunia bagaimana penggunaan sains, teknologi dan inovasi diterapkan dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan hijau.
Kredit caption: Ismail Sabri Yaakob (YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia)
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest