KASA perkenal inisiatif Rumah Ibadat Angkat

Kuala Lumpur: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperkenalkan inisiatif Rumah Ibadat Angkat yang menggalakkan agensi, jabatan atau badan korporat memilih untuk bekerjasama dengan rumah ibadat pilihan.

Selain itu program dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) sedang memperhalusi mekanisma pelaksanaan yang lebih inklusif dan mampan.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program itu akan dijayakan melalui kolaborasi di antara kerajaan dan sektor swasta, yang merangkumi geraja, tokong, kuil dan rumah ibadat lain.

Katanya, ia membabitkan pembiayaan kewangan bagi aplikasi teknologi hijau di rumah ibadat seperti pemasangan sistem Solar PV bumbung di bawah program ‘Net Energy Metering’ (NEM) dan pemasangan sistem penuaian air hujan (SPAH).

“Pihak kerajaan dan MGTC pula akan menjalankan aktiviti pembangunan kapasiti, promosi dan pemantauan berserta pengukuran dan verifikasi,” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas- Kuala Krai) berhubung perkembangan Program Masjid Hijau.

Tuan Ibrahim berkata, program Rumah Ibadat Hijau menekankan kepada empat elemen hijau iaitu jimat pengunaan tenaga elektrik, serta jimat pengunaan air terutamanya ketika berwuduk di masjid dan surau.

Selain itu ia juga mengurangkan penjanaan sisa dan menguruskan sisa buangan dengan teratur serta mengalakkan pembelian dan penggunaan produk hijau.

Sumber : Harian Metro

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest