Gotong Royong Membina Denai Sungai
MGTC bersama-sama agensi & jabatan di bawah KASA telah menyertai aktiviti gotong royong membina denai sungai di Sungai Gong, Rawang yang mana program ini telah diketuai oleh KASA.
Sepertimana yang kita ketahui, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian pencemaran air Sungai Gong Rawang yang menyebabkan hampir 5 juta penduduk di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama beberapa hari.
Sejajar dengan kejadian itu, KASA berserta agensi dan jabatan mengambil langkah proaktif untuk terus mencegah kejadian sebegini dari berulang lagi.
Warga kerja MGTC turut terlibat sama dalam program Gotong Royong Membina Denai Sungai ini dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa alam sekitar ini haruslah di hargai dengan menjaga alam sekitar dari pencemaran.
Program ini turut di sertai oleh beberapa buah universiti seperti MSU dan juga Uniten.
Semoga program seumpama ini akan menjadi aktiviti seluruh masyarakat Malaysia untuk terus menjaga kelestarian alam sekitar.
#MalaysianGreenTechnologyAndClimateChangeCentre
#MGTC
#KASA