Search
Close this search box.
Bengkel Pembangunan Pelan Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon dan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP)

MGTC telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon dan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 28-29 Jun 2020 dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan pada 7-8 Julai 2020 di bawah projek MyRelamp.

Bengkel tersebut bertujuan sebagai pembangunan Pelan Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon melalui pelaksanaan inisiatif Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) serta pengenalan kepada GGP dan pembangunan kontrak dan dokumen perolehan bagi penukaran lampu biasa kepada lampu cekap tenaga berdasarkan garis panduan GGP.

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest