Menjana masa depan dengan pembiayaan untuk PKS teknologi hijau
GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri seperti Siri Kelestarian “Cooler Earth” yang telah diubah suai.
GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri seperti Siri Kelestarian “Cooler Earth” yang telah diubah suai.

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) teknologi hijau sering berdepan cabaran untuk mendapatkan sokongan kewangan bagi mengembangkan pasaran mereka kerana rekod prestasi yang terhad, persepsi terhadap risiko tinggi dalam teknologi baharu atau model perniagaan yang lebih baharu, serta akses terhad kepada jaminan.

Hal-hal ini yang membataskan banyak PKS teknologi hijau daripada menyumbang kepada peralihan menuju ekonomi Sifar Bersih.

Di sinilah CIMB memainkan peranannya dalam menyokong PKS teknologi hijau untuk merapatkan jurang pembiayaan dan memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk amalan lestari, memacu ekonomi hijau sejajar dengan cita-cita Sifar Bersih Malaysia.

Sejak pengenalannya pada 2021, saranan GreenBizReady CIMB telah memperkasa pelbagai syarikat untuk mengembangkan operasi mereka serta mendorong perubahan persekitaran yang mempunyai impak yang signifikan.

Penyelesaian lestari yang menyeluruh ini menyediakan akses kepada pembiayaan lestari pada kadar istimewa, bersama pembinaan kapasiti percuma dan peluang-peluang rangkaian untuk mengatasi cabaran-cabaran lazim yang dihadapi perniagaan.

Impak tawaran pembiayaan lestari sedemikian boleh dilihat daripada kisah kejayaan FatHopes Energy Sdn Bhd (FatHopes Energy) dan iHandal Energy Solutions Sdn Bhd (iHandal), dua PKS teknologi hijau Malaysia yang mendapat sokongan CIMB untuk mempertingkatkan perniagaan mereka.

Mengolah sisa menjadi kekayaan

Diasaskan oleh usahawan kelahiran Pulau Pinang Vinesh Sinha, Fathopes Energy, yang beroperasi di serata Asia Tenggara, telah mengukuhkan kedudukannya di muka hadapan industri biofuel, terutamanya dalam sektor penerbangan, sebagai pelopor pengumpul minyak masak terpakai (UCO) di rantau ini untuk pembangunan bahan bakar penerbangan lestari (SAF).

Memanfaatkan teknologi, Fathopes Energy memiliki perisian awan perusahaan terbaik yang mendigitalisasikan operasi pengurusan sisanya.

Platform laman web layan diri dan aplikasi mudah alihnya memperkemas permohonan pengurusan sisa oleh pelanggan, membenarkan para pelanggan mengemukakan permohonan untuk perkhidmatan kutipan secara terus melalui aplikasinya.

Syarikat tersebut mengkhusus dalam mengumpul pelbagai jenis minyak organik seperti minyak masak terpakai daripada pelbagai sumber, termasuk rantaian restoran-restoran besar, hotel, kilang dan rumah persendirian.

Sisa minyak yang dikumpul kemudiannya dibersihkan dan dieksport secara pukal kepada syarikat-syarikat minyak besar seluruh dunia sebagai bahan mentah yang lestari untuk penghasilan SAF.

Setakat ini, sektor penerbangan telah menyumbang sekitar 4 peratus kepada pemanasan global dan sumbangannya dalam pelepasan global dijangka akan terus meningkat seiring dengan permintaan global terhadap penerbangan yang semakin meningkat.

Secara domestik, terdapat peningkatan momentum untuk mempromosikan penggunaan SAF pada skala komersial. Dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia telah menetapkan mandat adunan SAF bermula pada 1 peratus, yang dijangka meningkat kepada 47 peratus menjelang 2050.

Menyedari permintaan yang meningkat terhadap SAF, FatHopes Energy telah mempertingkatkan perniagaannya untuk mengendalikan 35 depoh atau aset penapisan, dan diperluaskan dengan pesat di seluruh rantau.

FatHopes Energy juga menerima barisan pelanggan yang meliputi syarikat-syarikat besar minyak dan gas dunia. Baru-baru ini, FatHopes Energy telah menjalinkan kerjasama dengan Lootah Biofuels yang berpangkalan di Dubai untuk membekalkan SAF kepada syarikat penerbangan yang terbang keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

FatHopes Energy menjadi pelopor pengumpul minyak masak terpakai (UCO) di rantau ini untuk pembangunan bahan bakar penerbangan lestari (SAF).
FatHopes Energy menjadi pelopor pengumpul minyak masak terpakai (UCO) di rantau ini untuk pembangunan bahan bakar penerbangan lestari (SAF).

CIMB juga meneroka ruang untuk meningkatkan inisiatif jangkauan dengan FatHopes Energy, seperti mengadakan inisiatif kutipan minyak masak terpakai di cawangan-cawangan CIMB.

Ini adalah sebahagian daripada usaha luas bank tersebut untuk membantu PKS teknologi hijau tempatan meluaskan jaringan mereka.

Selain daripada menyokong pertumbuhan perniagaan, sokongan kewangan CIMB juga telah membolehkan FatHopes Energy mengembangkan “Program Usahawan Hijau” (PUSH), sebuah program keusahawanan hijau yang direka untuk mencipta peluang pekerjaan yang saksama untuk golongan kurang bernasib baik, memperkasakan mereka untuk mengusahakan perniagaan lestari sendiri.

Mempelopori kemajuan dalam kecekapan tenaga

Diasaskan pada tahun 2009 oleh seorang usahawan tempatan, Aaron Patel berhasrat agar perniagaannya dapat menyumbang kepada aspirasi Malaysia ke arah neutral karbon.

Dengan itu, iHandal telah menetapkan dirinya sebagai peneraju dalam menambah baik kecekapan tenaga di bangunan komersial dan industri dengan penawaran pelbagai penyelesaian pemanasan dan penyejukan yang jimat kos.

Rakan kerjasama iHandal termasuk hotel-hotel terbaik di serata Asia Tenggara seperti EQ Kuala Lumpur dan Ritz Carlton Millenia, Singapura.

Syarikat tersebut terkenal dengan teknologi pemulihan haba terpaten, HeatFuse, yang direka, dibuat dan ditauliahkan daripada kilangnya.

Sistem iHandal berupaya mengguna semula tenaga untuk pelbagai aplikasi seperti pemanasan air, penyejukan proses dan penyaman udara menerusi proses inovatif yang digelar 3C.

Proses 3C merangkumi penangkapan haba terbuang (Capture), pemampatan dengan HeatFuse (Compression) dan penyaluran tenaga termampat kepada fungsi lain (Channeling).

iHandal biasanya akan menjalankan audit tenaga untuk mengenal pasti sumber tenaga terbuang tanpa kos pendahuluan, sebelum sistemnya akan dilaksanakan.

Sistem iHandal boleh menjimatkan sehingga 80 peratus kos tenaga haba pengguna. Sebaik sahaja penjimatan tersebut terbukti dan tercapai, pengguna boleh terus menggunakan sistem tersebut untuk penjimatan jangka panjang.

Setakat hari ini, pelanggan-pelanggan iHandal telah menjimatkan RM110 juta setahun secara keseluruhannya. Ini bersamaan lebih 300,000 tan CO2.

Pembiayaan lestari CIMB telah membolehkan iHandal untuk menggalakkan kapasiti operasinya dengan menggandakan jumlah mesinnya dari 75 ke 150.

Pengembangan ini telah membawa kepada peningkatan ketara dalam impak alam sekitar iHandal, dengan tambahan 92,000 tan CO2 setara yang dikurangkan setiap tahun.

Berdasarkan kalkulator pelepasan gas rumah hijau (GHG) oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA), pengurangan ini boleh dibandingkan dengan pengurangan 20,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun.

iHandal telah menetapkan dirinya sebagai peneraju dalam menambahbaik kecekapan tenaga di bangunan komersial dan industri dengan penawaran pelbagai penyelesaian pemanasan dan penyejukan yang jimat kos.
iHandal telah menetapkan dirinya sebagai peneraju dalam menambahbaik kecekapan tenaga di bangunan komersial dan industri dengan penawaran pelbagai penyelesaian pemanasan dan penyejukan yang jimat kos.

Membantu PKS secara menyeluruh

GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri seperti Siri Kelestarian “Cooler Earth” yang telah diubah suai.

Sesi perkongsian ini membantu PKS memahami jurang mereka, dan pada masa yang sama, mencadangkan strategi-strategi yang boleh diamalkan oleh PKS untuk menambah baik prestasi kelestarian mereka.

Baru-baru ini, CIMB telah melancarkan CIMB ESG Simplified Playbook for SMEs. Playbook tersebut merupakan suatu panduan ringkas mengenai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang direka khas untuk PKS agar ianya lebih mudah untuk mereka mengambil langkah pertama dalam perjalanan kelestarian mereka.

Tambahan itu, pembiayaan berkaitan kelestarian (SLF) adalah satu lagi tawaran oleh CIMB di bawah program GreenBizReady yang menyediakan PKS dengan kadar pembiayaan yang lebih baik.

Program tersebut, dengan peruntukan keseluruhan RM3 bilion sehingga 2030, bermatlamat untuk memberi insentif kepada PKS untuk mencapai pengurangan pelepasan GHG yang boleh dipercayai melalui rebat pembiayaan menarik sehingga 0.50 peratus setahun, memandangkan mereka memperoleh pembiayaan untuk memenuhi keperluan modal atau pengembangan mereka.

Sebaik sahaja sasaran pencapaian kelestarian dipersetujui, PKS boleh memasukkan data seperti penggunaan elektrik dan bahan api ke dalam Low Carbon Operating System (LCOS) yand disediakan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Sistem ini adalah alat berasaskan web yang mudah dan mesra pengguna yang membantu mereka mengukur, mengurus, dan mengurangkan pelepasan karbon mereka.

GreenBizReady CIMB merupakan sebuah program yang telah memenangi “Penyelesaian PKS Terbaik – Malaysia” di Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A 2022, sebagai pengiktirafan kepada peranannya dalam membantu syarikat-syarikat memajukan usaha kelestarian mereka.

Menginspirasikan masa depan lestari

Kisah kejayaan FatHopes Energy dan iHandal mencerminkan potensi teknologi hijau untuk memacu transformasi serta peranan penting yang dimainkan institusi kewangan dalam memangkinkan transformasi ini.

Lebih banyak PKS teknologi hijau yang mengikut jejak mereka, lebih ketara impak kumulatif terhadap ekonomi hijau di Malaysia.

Terbuka kepada semua pelanggan PKS, GreenBizReady CIMB menawarkan penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan PKS, serta tumpuan juga akan diberikan bagi memperkasa PKS dalam perjalanan mereka untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.

Klik sini (https://www.cimb.com.my/en/business/solutions-products/solutions/greenbizready.html) untuk butiran lanjut mengenai program GreenBizReady CIMB atau imbas kod QR di bawah:

Sumber: Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest