Search
Close this search box.
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐨𝐰𝐧𝐡𝐚𝐥𝐥 R𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐑𝐄𝐂𝐂, 𝐘𝐁 𝐍𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐳𝐦𝐢 𝐍𝐢𝐤 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐨𝐰𝐧𝐡𝐚𝐥𝐥 R𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐑𝐄𝐂𝐂, 𝐘𝐁 𝐍𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐳𝐦𝐢 𝐍𝐢𝐤 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghadiri sesi Townhall bersama masyarakat anjuran Sinar Harian pada 26 Jun 2023, Isnin di Kompleks Karangkraf Shah Alam.
Program yang berlangsung ini membincangkan isu penting dikalangan masyarakat terutamanya melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim. Sesi ini merupakan peluang kepada NRECC untuk bertemu dan berdialog bersama masyarakat.
YB Nik Nazmi juga mengutarakan penghargaan beliau atas platform yang telah disediakan ini sebagai pendekatan dasar dan gerak kerja melalui penelitian pandangan masyarakat terhadap isu berkaitan yang mana antaranya adalah isu pembalakkan, subsidi bersasar dan pasaran dagangan tenaga boleh baharu.
Adalah harapan NRECC melalui sesi dialog ini dapat memberikan pendekatan bersama masyarakat dan dapat memperkukuhkan lagi usaha bagi kemampanan isu yang dibincangkan juga kesejahteraan masyarakat, dimana sejajar dengan teras nilai Malaysia MADANI.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest