Majlis Penghargaan Dan Berbuka Puasa bagi Projek The Collaborative Actions For Single-Use Plastic Prevention In Southeast Asia (CAP SEA) 1.0
MGTC bersama dengan German International Cooperation – GIZ telah mengadakan Majlis Penghargaan Dan Berbuka Puasa bagi Projek The Collaborative Actions For Single-Use Plastic Prevention In Southeast Asia (CAP SEA) 1.0 bertempat di Mariott Hotel, Putrajaya, semalam.

CAP SEA atau The Collaborative Actions for Single-Use Plastic Prevention in Southeast Asia adalah projek yang dibiayai oleh Kerajaan German iaitu German Federal Ministry for the Environment, Nature Conservation, Nuclear Safety and Consumer Protection (BMUV). CAP SEA juga merupakan sebahagian daripada projek global GIZ untuk menyokong “Export Initiative Environmental Protection” (EXI).

Seramai 12 rakan strategik program CAP SEA 1.0 ini telah hadir untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Tuan Che Kodir Baharum, Pengarah, Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli Kementerian Ekonomi dan Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor Ketua Pegawai Eksekutif MGTC.

Turut berlangsung pada majlis semalam ialah Tazkirah Ramadan bertajuk Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama oleh Ustaz Hj Muhammad Khairul bin Abdul Razak.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest