Sesi Pasca CBD COP16

π’πžπ¬π’ πƒπ’πšπ₯𝐨𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐒𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐒-𝐏𝐚𝐫𝐭𝐒 𝐊𝐞-πŸπŸ” 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞π₯π›πšπ πšπ’πšπ§ 𝐁𝐒𝐨π₯𝐨𝐠𝐒 (𝐂𝐁𝐃 π‚πŽππŸπŸ”) | 𝟏𝟏 πƒπ’π¬πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ’

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Dialog Pasca Persidangan Parti-Parti Ke-16 Kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD COP16) pada hari ini di Kuala Lumpur bagi menyampaikan maklumat kepada pemegang-pemegang taruh berkaitan hasil dan keputusan-keputusan penting CBD COP16 serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi obligasi negara di peringkat antarabangsa.

Sesi dialog ini dihadiri lebih 150 orang pemegang taruh yang terdiri daripada pegawai di peringkat Persekutuan dan Negeri, penyelidik, ahli akademik, pelajar, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti.

Turut hadir ialah barisan ahli panel iaitu Encik Syed Mohazri Syed Hazari, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang mewakili pihak swasta; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Mazlin Mokhtar, Sustainable Development Solutions Network (SDSN) Asia yang mewakili ahli akademik serta YBrs. Dr June Rubis, ICCA Consortium yang mewakili badan bukan kerajaan berkaitan kawasan pemuliharaan bagi Orang Asli/ Asal dan komuniti.

Semasa sesi tersebut, YB Menteri memaklumkan bahawa Malaysia merupakan antara negara pertama yang mengintegrasi kerangka biodiversiti global iaitu Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (KMGBF) ke dalam Pelan Tindakan dan Strategi Biodiversiti Kebangsaan (NBSAP) melalui Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 2022-2030. #NRES #MalaysiaMADANI #cop16 #mgtc #nres #cop16colombia #nresΒ #mgtcΒ #cop16Β #cop16colombiaΒ #UcapanTKSU

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest