Tahukah Anda, MGTC telak melaksanakan Program Bijak tani bagi menggalakkan gaya hidup hijau.
Antara manfaat program ini ialah:
i. Mempromosikan pertanian yang Lestari
ii. Memupuk kesedaran tentang menjaga alam sekitar sambil menyediakan sumber makanan yang segar dan sihat kepada komuniti
Yang menariknya, MGTC turut memperkenalkan penggunaan mesin hidroponik berputar yang menyokong kelestarian melalui penggunaan ruang dan tenaga yang cekap, pengitaran semula air dan nutrien, serta pengurangan jejak karbon.
Penggunaan mesin ini dapat memaksimumkan hasil tanaman sambil mengamalkan pertanian yang mesra alam dan lestari. #BijakTani #MGTC #NRES #AlamSekitar