MGTC dengan kerjasama @myfundaction.malaysia dan KPS telah menjalankan sebuah lagi inisiatif Rumah Ibadah Hijau di salah satu masjid yang terletak di Tanjung Karang. Kerjasama ini telah berjaya menginovasi Masjid Jame’ At-Tuqo dan kawasan persekitarannya dengan pelbagai teknologi hijau seperti panel solar dan landskap tumbuh-tumbuhan.
Pada 8 November 2024, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan KSU (Pembangunan) NRES, telah melawat kawasan masjid untuk melihat pelaksanaan inisiatif Rumah Ibadah Hijau (RIH) tersebut. Beliau turut meninjau usaha kelestarian masjid termasuk pusat pengumpulan minyak masak terpakai, sistem pengumpulan air hujan, landskap hijau, rumah perlindungan hujan dan sebagainya.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Nor Yahati atas sokongan beliau terhadap usaha ini.