Pada pagi tadi (21 Ogos 2024), delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan (JKPK ASSP) telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Lawatan ini bertujuan untuk memahami lebih mendalam peranan MGTC dalam mempromosikan teknologi hijau dan menangani isu perubahan iklim di Malaysia.
Program dimulakan dengan ucapan oleh saya selaku Pengerusi JKPK ASSP, diikuti dengan taklimat komprehensif oleh CEO MGTC mengenai pelbagai inisiatif hijau yang sedang dilaksanakan.
Melalui sesi ini, banyak perkara baru yang dipelajari, terutamanya mengenai usaha MGTC dalam memacu negara ke arah ekonomi rendah karbon dan kelestarian alam sekitar. Semoga lawatan ini membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam mencapai matlamat pembangunan mampan untuk Malaysia.