Search
Close this search box.
12 projek Malaysia menang Anugerah Tenaga ASEAN
Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-41.-Foto Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-41.-Foto Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 projek dari Malaysia telah memenangi Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) bagi tahun ini.

Sekolah Antarabangsa Tzu Chi memenangi tempat pertama Anugerah Bangunan Hijau (Kategori besar).

Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor memenangi tempat pertama bagi Pengurusan Tenaga bagi Bangunan dan Industri (Kategori Bangunan Kecil dan Sederhana).

Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Jimah East memenangi tempat pertama Anugerah Teknologi Arang Batu Bersih bagi Penggunaan Teknologi Arang Batu Bersih (Kategori Industri Besar).

Majlis penyampaian anugerah AEA 2023 tersebut diadakan di Bali, Indonesia dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-41 (AMEM).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tersebut.

Beliau berharap kemenangan yang dicapai akan menjadi perangsang kepada pemain industri lain untuk meneruskan usaha penerapan amalan tenaga lestari.

Ia sebagai usaha bagi menyumbang kepada komitmen pengurangan jejak karbon negara.

“Ketika rantau ASEAN sedang menggiatkan usaha ke arah matlamat rendah karbon, kami menyeru supaya lebih banyak industri, syarikat korporat dan individu untuk menerajui usaha berkaitan iklim bagi menggalakkan penerimaan amalan tenaga lestari.

“Di peringkat nasional, kementerian akan meneruskan usaha untuk menggalakkan penerapan amalan terbaik tenaga lestari, termasuk penganjuran NEA bagi memberikan pengiktirafan serta mengenal pasti projek amalan terbaik tenaga lestari,” katanya dalam kenyataan.

AEA merupakan anugerah yang diwujudkan untuk menggalak dan mengiktiraf penerapan amalan tenaga lestari oleh sektor awam dan swasta di kalangan negara-negara ASEAN.

AEA 2023 melibatkan tiga kategori iaitu Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan dan Konservasi Tenaga, Anugerah Projek Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Teknologi Arang Batu Bersih.

Malaysia telah mengemukakan 23 penyertaan yang terdiri daripada projek-projek yang memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) untuk anugerah AEA 2023.-MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest