World Renewable Energy Congress (WREC) XXII 2023
Bersempena dengan perasmian World Renewable Energy Congress (WREC) XXII 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang serta tetamu kehormat yang lain telah menyaksikan acara menandatangani dokumen kerjasama projek Mobile Hydrogen Refueling Station antara NanoMalaysia Berhad (NMB), PETRONAS, UMW dan MGTC.

Stesen pengisian semula hidrogen ini adalah yang pertama seumpamanya untuk mobiliti hidrogen di Semenanjung Malaysia dan projek kerjasama ini disokong oleh MOSTI sebagai pengisian kepada Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap – HETR) yang bakal dilancarkan kelak.

Dalam usaha ini, MGTC akan bertanggungjawab meneraju usaha mitigasi perubahan iklim, memfokuskan kepada pengenalpastian cadangan insentif hijau untuk menyokong kemajuan teknologi sel bahan api hidrogen dan ekosistem rantaian bekalannya di Malaysia, selaras dengan sasaran HETR.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest