Sasar 50 peratus institusi pendidikan di Pahang diiktiraf ‘hijau’

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus institusi pendidikan di negeri ini diiktiraf sebagai sekolah atau institusi hijau melalui program Eco-Schools dan Eco-Campus. Baginda bertitah sasaran itu merupakan satu daripada empat teras digariskan pada Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang 2023-2030 […]