Search
Close this search box.
๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง๐š ๐–๐š๐ค๐š๐Ÿ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‡๐ข๐ฃ๐š๐ฎ
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) hari ini telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Wakaf Masjid Hijau.

YBM NRECC telah menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang pada hari ini telah mengagihkan RM190,000 Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH) kepada empat (4) buah masjid bagi melaksanakan inisiatif hijau.
YBM NRECC turut menyerahkan Plak Rumah Ibadat Hijau kepada tiga (3) masjid pertama yang telah berjaya menunjukkan pengurangan karbon berbanding penanda aras yang telah ditetapkan iaitu Masjid Al-Hasanah, Selangor; Masjid Jamek Ara Kuda, Pulau Pinang dan Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Datoโ€™ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi YWM serta YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) NRECC.
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest