Search
Close this search box.
UMW GRANTT lancar minyak pelincir bio hidraulik pertamanya
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahmad Fuaad Kenali (tiga dari kiri) melancarkan minyak pelincir baharu bersempena IGEM 2022 di Kuala Lumpur.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahmad Fuaad Kenali (tiga dari kiri) melancarkan minyak pelincir baharu bersempena IGEM 2022 di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Kumpulan UMW melalui anak syarikatnya, UMW GRANTT International Sdn. Bhd. bersama pengeluar minyak pelincir GRANTT, memperkenalkan rangkaian produk minyak pelincir bio hidraulik sulungnya, Minyak Bio Hidraulik VG GRANTT.

Produk pertama dalam segmen hijau itu dilancarkan bersempena majlis Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2022.

Minyak Bio Hidraulik VG GRANTT itu dihasilkan daripada minyak sawit tempatan yang  dirumus dengan trigliserida dan bahan tambahan yang menyediakan keupayaan pelinciran yang sangat baik dan setara dengan minyak pelincir konvensional. 

“Ia juga mesra alam yang boleh terbiodegradasi dalam masa 28 hari, tidak bioakumulatif dan tidak mengandungi toksik.

“Produk tersebut  sangat sesuai untuk pelbagai industri kerana ia menyediakan perlindungan anti haus yang sangat baik, perlindungan kakisan, perlindungan karat dan mempunyai ciri antibuih yang baik, jelasnya.

Selain itu, dalam majlis yang sama, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, UMW M & E Sdn. Bhd. telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Mitsui & Co., Malaysia Sdn. Bhd. (Mitsui).

Kerjasama tersebut adalah  untuk mempromosi dan memasarkan perkhidmatan serta produk hijau kepada syarikat-syarikat di ASEAN serta pasaran negara luar yang lain yang mementingkan nilai ESG. 

“MOU itu juga bakal membuka jalan untuk mengkomersialkan produk hijau proprietari UMW, dengan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk danperkhidmatan yang mampan serta kedudukan jualan dan pemasaran yang kukuh bagi Mitsui di peringkat global. -KOSMO! ONLINE

Source : KOSMO!

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest