Search
Close this search box.
Pembangunan Pavilion Malaysia di 27th Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC COP-27)
Majlis Jalinan Kerjasama Strategik YB Menteri KASA bersama Pihak Swasta bagi Pembangunan Pavilion Malaysia di 27th Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC COP-27) yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Kerajaan Mesir akan menjadi tuan rumah persidangan UNFCCC COP27 di Sharm El-Sheikh pada 6 hingga 18 November 2022. Selain menghadiri sesi perundingan, negara anggota diberi peluang untuk mempamerkan inisiatif dan program menangani cabaran perubahan iklim di negara masing-masing melalui pembangunan Pavilion.

Pavilion ini akan menjadi platform utama dan berpusat yang akan mempromosi tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim negara serta mengetengahkan inisiatif syarikat-syarikat Malaysia di persada global. Kita berpeluang menjalin kerjasama strategik menerusi sokongan teknikal, pindahan teknologi dan pendanaan di peringkat global.

KASA mengalu-alukan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta untuk merealisasikan matlamat pembangunan Pavilion Malaysia dengan menyumbang dalam bentuk tajaan, ‘in-kind’ dan sebagai rakan strategik.
Kredit caption: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest