Search
Close this search box.
Ekspo 2020 Dubai: Malaysia catat potensi dagangan RM77.25 bilion

KUALA LUMPUR – Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai baru-baru ini berjaya mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhan berjumlah RM77.25 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran yang ditetapkan kerajaan adalah untuk mencapai RM8 bilion hingga RM10 bilion pulangan perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan penyertaan ke ekspo itu.

“Alhamdulillah, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia berjaya melepasi sasaran itu sebanyak tujuh kali ganda dengan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhannya berjumlah RM77.25 bilion.

“Kejayaan ini diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat
melibatkan syarikat-syarikat serta pihak-pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom dan Qatar,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di sini hari ini.

Selain itu tambah Perdana Menteri, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi maksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

Bukan itu sahaja, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi memaksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

“Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku kementerian peneraju dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Sumber : KOSMO

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest