Search
Close this search box.
Platform Ekspo 2020 Dubai diiktiraf syarikat Malaysia
Ketua Pegawai Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation, Shamsul Bahar Mohd Nor (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Naib Pengerusi Al Abbas Group, Ismail Ali Abbas pada pelancaran cawangan Marrybrown di Malaysia Café semasa Expo 2020 Dubai.
Ketua Pegawai Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation, Shamsul Bahar Mohd Nor (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Naib Pengerusi Al Abbas Group, Ismail Ali Abbas pada pelancaran cawangan Marrybrown di Malaysia Café semasa Expo 2020 Dubai.

PETALING JAYA: Syarikat Malaysia mengiktirafkan Ekspo 2020 Dubai dan menggambarkan ekspo dunia terbesar itu sebagai platform yang hebat untuk mewakili dan mempromosikan jenama dan produk negara kepada komuniti perniagaan antarabangsa.

Acara itu adalah peluang sekali dalam seumur hidup bagi sektor perniagaan, sekali gus membantu syarikat meluaskan perniagaan mereka ke peringkat global, terutamanya ketika dunia masih dalam fasa pemulihan akibat kesan pandemik global Covid-19.

Rakan kongsi Malaysia Pavilion khususnya menghargai peluang untuk mewakili jenama Malaysia dan mempromosikan inovasi dan kreativiti mereka ke pasaran global.

Ketua Perniagaan di Durioo, Ahmad Azizi bin Ramdan berkata, Ekspo 2020 Dubai akan diukir dalam sejarah Durioo sebagai platform untuk pengenalan Platform Penstriman Durioo+.

“Kami merupakan syarikat permulaan Digital Durian yang menghasilkan siri hit animasi Didi & Friends dan Omar & Hana berhasrat untuk menjadi platform untuk kanak-kanak muslim di seluruh dunia, berkhidmat kepada pasaran 430 juta umat Islam. 

“Ekspo dunia telah menyediakan kami untuk mendapat akses ke pasaran global dan dengan sokongan Malaysia Pavilion, ia adalah titik permualaan yang baik,” katanya.

Bagi Pengarah Kumpulan Claytan, C.S. Chen, penyertaan syarikat itu yang merupakan perintis dalam industri seramik Malaysia, bertepatan dengan ulang tahun Claytan yang ke-101, disambut di Malaysia Pavilion.

“Kami mengambil kesempatan untuk mendedahkan transformasi Claytan 2.0. Kerjasama kami dengan Malaysia Pavilion sebagai rakan korporat telah membolehkan kami berkongsi acara penting ini di pentas global dan kami berbesar hati dan menghargai peluang untuk menjadisebahagian daripada ekspo dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Julie’s Biscuits, Martin Ang berkata, penyertaan syarikat adalah untuk mempromosikan identiti, keupayaan dan aspirasi perniagaan Julie’s Malaysia ke pasaran Timur Tengah dan global.

“Kerjasama strategik kami dengan Malaysia Pavilion di Ekspo 2020 Dubai telah membuka peluang baharu untuk Julie’s Biscuits di arena global. 

“Timur Tengah adalah pasaran penting bagi kami, dan pameran yang berjaya ini telah meningkatkan lagi kehadiran kami di rantau ini, sejajar dengan konsep masa depan yang mampan,” katanya.

Penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation sebagai agensi pelaksana.

Sepanjang ekspo selama enam bulan itu, Malaysia Pavilion menjadi tuan rumah program perdagangan dan perniagaan tematik mingguan yang disertai oleh kira-kira 400 syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pemain besar dan syarikat pemula niaga yang melibatkan lebih 10 vertikal industri termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, industri halal, pelancongan dan lain-lain. – UTUSAN

Sumber : Utusan Malaysia

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest