KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar sejarah tersendiri apabila menerima sijil Malaysia Book of Records (MBR) menerusi inisiatif penanaman Agrivoltaic herba terbesar untuk mekanisme penyejukan semulajadi.Projek Agrivoltaic itu menempatkan 25,000 unit herba misai kucing berpotensi tinggi yang ditanam secara terus di bawah panel solar teknologi fotovoltaik (PV).
Inisiatif yang dipanggil Agrivoltaic4LSS telah dimulakan pada Jun tahun lalu, dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CirNeT), memfokuskan kepada integrasi strategik dalam kalangan pemain industri PV.
“Kita cover dua bahagian, satu tenaga kerana kita bantu solar industry dari segi penyelenggaran. Dalam masa yang sama kita beri agriland atau tanah pertanian”Baru-baru ini di Parlimen, Perdana Menteri ada utarakan hal ini di mana kita sangat ketandusan tanah pertanian yang telah ditukar taraf ke tanah pembangunan.
“Kami fikir jika boleh digunakan ruang di ladang solar, kita boleh kurangkan dan jadi langkah mitigasi untuk isu agriland rules,” kata Pengarah Projek Agrivoltaic@ solarfarm, Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil MBR, pada Selasa.Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Tenaga) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Mohamad Razif Abdul Mubin dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizulkarnain Abdul Kadir.Turut diadakan ialah majlis menandatangani dokumen MoU bagi projek solar Agrivoltaic berskala besar bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Syarikat Tesdec Green Energy Sdn Bhd.Jelas Effendy lagi, selain misai kucing, kawasan penyelidikan dan pembangunan di ladang solar PV turut ditanam dengan beberapa jenis pokok komersial bagi mengkaji kesesuaian untuk ditempatkan di bawah panel solar.
Sumber : Astro Awani