MGTC mengucapkan tahniah kepada kontijen perbarisan Kementerian Alam Sekitar Dan Air yang telah menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2022
MGTC mengucapkan tahniah kepada kontijen perbarisan Kementerian Alam Sekitar Dan Air yang telah menyertai perbarisan dan melakukan lintas hormat di hadapan pentas orang kenamaan buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 bertempat di Dataran Merdeka semalam.
Kontinjen Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) terdiri daripada 84 orang warga KASA, jabatan dan agensi di bawah KASA yang diketuai oleh YBrs Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) KASA.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada dua warga MGTC yang menyertai kontijen KASA iaitu Nurfarhana Afandi dan Mohd Hafiz Ibrahim Apandi di atas komitmen sepanjang penyertaan untuk perbarisan ini.
Kredit foto: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)
Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest